wash burn

"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk." al-Nahl : 125

Thursday, November 19, 2009

Title


Kenapa washburn? asalnya nama ini adalah nickname yang ambo pakai masa mula-mula jatuh cinta pada internet, melalui Mirc lebih kurang sedekad yang lalu (semasa itu Cyber Cafe mengenakan bayaran sebanyak rm5 untuk sejam melayari internet). Nama washburn ini asalnya merupakan jenama gitar, inspirasi seorang member yang bercita-cita ingin membelinya untuk dibawa ketika sessi jamming. Tapi bagi ambo, perkataan washburn itu mempunyai tarikan tersendirinya yang lain... dua perbuatan yang berasal dari sumber yang cukup bertentangan. Dan dua unsur itu adalah unsur-unsur yang dominan dalam kehidupan...

Mukaddimah

Lama benar jugak ambo ambil masa untuk mula menulis blog ambo ini. Banyak perkara dan persoalan yang bermain di jiwa dan fikiran ambo untuk menzahirkan penulisan, catatan dan idea-idea ambo di sini. Relevankah ia?, berfaedahkah ia? dan adakah ia dapat menarik minat pembaca lain? Dan setelah masa yang lama itu berakhir, maka ambo membuat keputusan, apa salahnya kali ini ambo amik peluang ini untuk mendatangkan faedah dan kebaikan bagi diri ambo sendiri.... biarlah ianya seperti mana ianya tertulis, biarlah seikhlas mungkin, sebaik mungkin, supaya ianya satu catatan, panduan serta kenangan buat ambo dalam menjalani liku-liku kehidupan...

about this site

Blog Archive